"MENGAPA KAUM WANITA PALING SEDIKIT DI SURGA?"
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wa Sallam bersabda : "Sesungguhnya penghuni Surga yang paling sedikit adalah kaum wanita." (H.R. Muslim - Ahmad)
Dalam Kitab "Jahannam Ahwaluha Wa-Ahluha dan At-Tadzkirah" Imam Al-Qurthubi Rahimahullah memberikan penjelasan tentang penyebab yang menjadikan 'WANITA PALING SEDIKIT DI SURGA' dalam Hadits Nabi tersebut diatas.
:: PENYEBAB BANYAKNYA KAUM WANITA DI NERAKA ADALAH :
1. Kerana kaum wanita lebih didominasi oleh godaan hawa nafsu.
2. Kerana kaum wanita lebih tertarik pada kesenangan-kesenangan dunia.
3. Kerana kaum wanita sering berpaling dari urusan akhirat akibat kurangnya akal dalam diri mereka.
4. Kerana kaum wanita begitu mudah tertipu oleh kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah dan cenderung melupakan untuk beramal baik (untuk mencari bekal akhirat).
5. Kerana kaum wanita banyak menjadi penyebab berpalingnya kaum lelaki dari akhirat dikeranakan adanya hawa nafsu dalam diri mereka.
6. Kerana kaum wanita juga cepat tertipu (mau) jika diajak pada penyelewengan terhadap Agama.
7. Kerana kaum wanita juga begitu susah untuk diajak pada urusan untuk akhirat.
:: UNTUKMU KAUM WANITA
Berusahalah untuk selalu ingat penyebab-penyebab diatas yang menjadi kelemahanmu. Peliharalah dirimu dari hal-hal yang akan membawamu menuju pintu Neraka. Introspeksi diri untuk memulai hidup menjadi lebih baik dan menjadi dekat dengan_Nya.
:: UNTUKMU KAUM LELAKI
Bantulah kaum wanita. Jangan ajak mereka dalam kemaksiatan. Kadang kaum wanita sangat butuh seseorang untuk mengingatkan. Bukankah kalian diciptakan sebagai pemimpin kaum wanita? Bawalah mereka untuk tidak melupakan penciptanya. Ajaklah mereka untuk lebih dekat dengan Sang Khalik. Agar mereka tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang tersesat.
RABBANA ATINA FIDDUN'YA HASANAH. WAFIL AKHIRATI HASANAH. WAQINA 'ADZABANNAR.
Ya Allah, Tuhan kami.
Karuniakan kepada kami kebaikan dunia. Dan kebaikan di akhirat. Dan jauhkanlah kami dari siksa Neraka.
Aamiin Ya Rabbal 'Aalamin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar